Wednesday, August 10, 2011

Review# The Kite Runner

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh

Terima kasih kepada pengirim.

Selesai menghadam novel ni pada Ahad lalu. Novel pecah rekod. Novel paling lama makan masa nak habis. Maklumlah aku ni bukannya omputih, jadi selalu kena jumpa Mr. Dict.

Ceritanya berpijak pada dunia realiti, satu lagi sebab lambat habis. Dulu aku baca Harry Potter dalam masa sehari dah habis. Banyak perkataan tak tau tapi kadang-kadang aku buat andaian sendiri sebab nak tau apa jadi. Tapi The Kite Runner ni ceritanya amat bermakna. Maka untuk gambaran yang lebih jelas aku kena faham word by word. Credit to the writer. I give 5 stars to this novel.

Secara ringkasnya, The Kite Runner berkisar tentang kehidupan (zendagi.life). Kehidupan individu yang bernama Amir, dari kanak-kanak sehingga dia berkeluarga. Amir mempunyai seorang sahabat, Hassan yang sangat setia dan menghargai persahabatan mereka. Namun, peristiwa yang berlaku pada suatu hari pertandingan layang-layang telah mengubah persahabatan mereka. Amir seakan-akan dihantui rasa bersalah atas kejadian itu dan menjauhkan diri dari Hassan. Pencerobohan Russia ke atas Afghanistan pula menyebabkan Amir dan ayahnya ke Amerika untuk meneruskan kehidupan. Pelbagai peristiwa berlaku akhirnya membawa Amir kembali ke Kabul.

Zendagi migzara. Life goes on.

p/s : kepada sesiapa yang berminat untuk meminjam (terbuka untuk warga Kuala Terengganu), boleh tinggalkan komen. ;)

Ilalliqa' wassalam!

14 comments:

Sari said...

buku ni memang best. jalan cite die laju dan yg penting, die buat kita tak rasa ketinggalan dengan mana2 part of amir's life. suka part amir usha soraya dengan masa amir pergi cari anak hassan+ berbaik2 dengan dia

:D

adysuR said...

Betul2. Tak meleret langsung. Yang penting penceritaannya detail. Suka zaman kanak-kanak Amir dan Hassan dan part Sohrab akhirnya tersenyum jua.

=D

Nor Syazwani Azmee said...

Post hang membuatkan aku terasa nak ulang baca!! Tapi, buku ada kat rumah... >.<

Nurul said...

terbaikkk!! buku yang mmg best diulang baca~

adik aku bawa balik video kiterunner, tp ak belum sempat tgok lagi.. Agak2 versi mana lg mantap?

adysuR said...

Wani ::
Meh amek kat umah aku. Lol. Banyak kata-kata boleh quote dari cita nih. Aku suka sangat!

Nurul ::
Mungkin akan ulang baca suatu hari tapi skip2. Lolz.

Baru je tengok filem dia tadi. Macam Harry Potter, versi buku lagi best! =)

.::: mr IQ :::. said...

dah tengok movienya, x baca pun buku...

adysuR said...

mr IQ::
0wh. Buku lagi best! =)

Piah Becok said...

movie dia pun best. sila tengok. tapi opkos la sape dah bace novel dulu baru tengok movie akan mengkritik tak sama sangat macam buku.

adysuR said...

Piah Becok ::
Dah tengok. Normal la tu kan. Hehe. Memang movie takkan sama ngan buku. xD

afdata said...

Oh! 5 Stars!
org berlin nak pinjam boleh tak?
:p

adysuR said...

ya!
org berlin balik malaysia tak ? kalau balik boleh kot ;)

sy nasuha said...

sy xbce tp sy tonton tp xabih..ending dier cmner..??hehehe..

adysuR said...

tgk sampai mane ye ? last skali sohrab ikut amir pegi US. =D

hanya aku di sini~ said...

citw die pun best ;)