Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh
Tambah tolak, dah lebih 2 bulan aku melalui hari-hari di bumi Nilai. Lebih dua bulan sebagai pelajar Tahun 1. Dua bulan yang penuh rasa, manis, pahit, masin, masam, pedas, semua ada. Nak taip satu-satu tak mampu. Mungkin cuma yang perlu.
"Banyak rasa, sedap tak ?"
Kalaulah ada pertanyaan macam ni, jawapannya, aku tak tahu. Boleh jadi sedap boleh jadi tak. Semuanya bergantung pada diri sendiri. Bergantung bagaimana diri merasa dan melihat.
Benda paling ketara yang aku rasa dalam dua bulan ni, aku sangat berdikari. Ya, sangat berdiri atas kaki sendiri. Dulu ada teman di sisi tolong bagi support tapi sekarang tak. Sekarang masing-masing banyak sendiri-sendiri sebab dah jauh. Lagi-lagi lepas tukar kos. Haha. Mula-mula rasa agak ganjil dan pelik la jugak kan. Tapi lama-lama dah biasa walaupun ada mata-mata yang memandang kehairanan *Mana taknya, jalan kaki sorang diri tawaf kampus*. Aku tak kisah pasal sebelum ni memang aku dah berdikari cuma tak capai tahap sangat tu.
Nampaknya ini satu peningkatan! Yeah~! xD
Dalam dua bulan ni jugak aku mengenali ramai insan baru. Mungkin ada yang kata "ada apa hal kenal orang baru? Tu pun nak bising." Suka hati aku la nak bising. You tak suka you keluar. Huehehe. Aku rasa bertuah sebab tak ramai diberi kesempatan mengenali ramai orang. Tapi aku dapat. Ini juga satu nikmat daripada Allah. Aku suka sebab aku dapat lihat banyak watak-watak dalam hidup ini untuk dijadikan contoh. Lain orang lain cara dan ragamnya kan ?
Satu lagi sebab aku suka, aku tak terlibat dalam puak A puak B dan seterusnya. Itu semua puaka~!! *terpengaruh dengan Mior Syabab* Aku sangat tak berminat benda-benda puaka ni. Biar kita bergaul dengan semua orang kan. Tak perlu nak wujud puak-puak. Tak baik untuk kesihatan tau! Kalau dah dalam kelas sendiri ataupun universiti wujud puak-puak, memang tak tercapai la hasrat mewujudkan perpaduan. Jangan benda besar je kita nampak tapi benda kecil kita abaikan. Sama-sama kita tengok cermin. ^^
Beberapa kepingan memori aku tampal di sini buat tatapan kalian yang sudi berkunjung.
Suasana malam raya. Pengalaman. Mujur Aidiladha
Kenangan di MP.
Banyak rasa dalam rasa sebenarnya. Secara keseluruhan, lebih dua bulan ni, kandungan gula dalam kenangan masih stabil. haha.
Sampai di sini dahulu.
Ilalliqa' wassalam!
4 comments:
Puak? Euwww. hehe
Ramainya kawan kau. Bak share sikit dekat aku. Member aku ada jugak dekat USIM tu, tapi bnyak medic dan dentist. hehe
Puaka. lolz.
Tu sikit je la. Nak cari calon ke? haha. Sape kawan kau? budak medic dentist tak ramai. Hampir semua aku kenal. xD
Hahaha..calon? belum lagi kot. Kawan aku lelaki je. Nama ni agak feymes gak kot dekat Usim. Ahmad Syafiq Soib, Haziq Syamsul dua-dua medic. Dentist, Ahmad Zharif. Kenal ke?
Haha.0wh. Budak medic tu aku kenal. dentist tu tgk muka baru kenal kot. jarang org sebut nama dia. hehe.
Post a Comment