Friday, October 28, 2011

Antara Minat dan Cinta

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh

Love and passion
Dream and ambition


Sometimes it's hard to make a choice in our life. To choose the best is always hard I think.

Ok, berbalik kepada tajuk hari ini, antara minat dan cinta. Beberapa minggu yang lalu, aku post kat FB antara minat dan cinta yang mana perlu dipilih (bukan terhadap manusia). Ada kata minat, ada kata cinta. Dalam banyak-banyak komen tu, aku paling suka jawapan ni :

"dalam minat ada sedikit cinta, dalam cinta ada sepenuh minat."

Pada pandangan aku, jawapan ni paling tepat. Sebabnya kalau minat tak semestinya kita cinta. Tapi kalau kita cinta, minat tu pasti ada. Apa aku nak cakap sebenarnya ? Haa..ini semua tentang minat dan cinta. Tak kisah la pasal apa pun. Entri kali ni memang akan berkisar tentang itu dan itu.

Tukar Kos[s]metik[/s]

Alhamdulillah. Dah hampir sebulan aku tukar kos. Cepat sungguh masa berlalu. Cakap tentang tukar kos ni, ada orang kata "terima je la apa yang dapat tu. redha dengan ketentuanNya". Ada juga benarnya TAPI aku punya pendirian, kalau masih ada peluang kenapa tak cuba? Setelah berfikir masak-masak dan melakukan apa-apa yang patut dilakukan, aku bertekad terbilang memohon tukar kos.

Mulanya, aku langsung tak expect dapat kos Food Biotechnology(FB). Sebab dulu lecturer Tamhidi kata kalau nak kos ni pointer kena mantap sebab persaingan tinggi. Aku ni cukup-cukup makan je. Tiba-tiba dapat. Speechless.

Dah tu kenapa tukar? Why? Limaza? Biar aku explain satu-satu.

Masa isi UPU tingkatan 5 dulu aku pilih USIM sebab ada kos Information Security Assurance(ISA). Kos ni    bawah cabang Sains Komputer. FYI, computer is part of my life. Kalau tak pilih USIM aku nak sambung matrik (Kedah) atau diploma kat UTM. *Kenapa bukan UIA itu cerita lain* Tapi sebab aku sayang nak tinggal Bahasa Arab, aku pilih USIM walaupun hati aku kata "ini jalan yang susah". Aku pun tak tau kenapa boleh terdetik macam tu pada ketika itu dan aku memutuskan akan menempuh apa sahaja yang bakal menanti di hadapan.

Ternyata, jalan yang aku pilih itu sukar namun aku banyak menimba pengalaman dan memahami erti pengorbanan bukan sekadar mengenali. Alhamdulillah. Sungguh indah sebenarnya aturan Allah itu.

Minat FB, Cinta ISA


Aku minat FB. Aku suka belajar Biology lagi-lagi bab Genetic dan DNA. Seronok! Belajar pasal makanan..tu paling best. Hehe. Sekarang ni kan banyak sangat makanan yang meragukan. Jadi, kalau aku meneruskan pengajian dalam kos ni, mungkin aku boleh mengkaji. Senang sikit nak pilih makanan. Lagi satu, aku teringin nak buat aiskrim/coklat/makanan lain sendiri. Semua sedia maklum kan, ada jenama yang halal tapi dari syarikat yang perlu diboikot.

Tapi...FB banyak subjek Chemistry esp organic. Hubungan aku ngan Mr C ni tak berapa baik. Sebab tu aku tak sanggup meneruskan perhubungan itu lagi. Jadi, aku mintak putus..


Dan ISA, sememangnya aku cinta. Aku lebih senang dengan komputer. Kalau dah suka tu apa pun boleh kan? Lagipun aku memang dah lama mengidam nak belajar coding dengan serius. Selama ni aku jeles tengok kawan aku belajar. Masa tamhidi hanya belajar ICT. Semua basic yang amat basic tapi ok je. Ada gak benda yang baru tau. Hmm..aku juga menyimpan hasrat untuk melaksanakan satu projek. Apa projeknya biarlah rahsia dulu. He he.

ISA ni pun ada cabarannya. Banyak belajar Math. Bab-bab pembezaan dan pengkamiran tu memang aku lemah sikit. Maka kena usaha kuat la. Mungkin ada yang mempersoalkan, kenapa Chemistry tak boleh usaha kuat jugak? Aku dah timbang Chemistry dengan Math ni, alat timbangan tu lebih berat ke arah Math. Dah terjawab kan?

Jadi, sekarang dah faham agaknya kenapa aku sanggup tukar kos walaupun terpaksa ke hulu ke hilir(banyak prosedur). Sekian..doakan kejayaan kita bersama! =)

*berhari-hari nak siapkan entri ni. lolz*


Ilalliqa' wassalam!


6 comments:

cahaya.keikhlasan said...

Rusyda, betul2 ^.^
lisa sokong sepenuhnya..

p/s: kadang2 org tak tahu apa yang kita tahu :) ..kita lebih kenal diri kita..

NaDWaN said...

sy blajar coding c++ time foundation 2nd sem n 1st year 1st sem..n xrase n blaja dh..haha..gud luck rusyda..!:)

adysuR said...

Liesa::
Ye dh horr. hehe.

Nad::
Menarik! Haha. sy blajo c je. basic2 baru nih. leh ar kalu nok suh nad ajor kalu gitu.hehe. tq! ;)

Mior Syabab said...

Moga berjaya dalam bidang yang diceburi. Kadang-kadang kita terpaksa buat pilihan yang sukar demi masa depan. Terpaksa melepaskan yang disayangi untuk mendapat yang lebih baik. hehe

*lepas ni pakar IT la kau yer.hehe*

adysuR said...

Syukran. Ya, membuat pilihan juga memerlukan pengorbanan. =)

*Hehe.InsyaAllah.*

Anonymous said...

nice..hehe