Thursday, December 29, 2011

Sem I # Hidup itu Ibarat Pelangi


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh

Orang kata pejam celik pejam celik sekejap sahaja masa berlalu. Memang betul kan. Begitu pantas waktu pergi meninggalkan dunia dan manusia. Aku tidak terkecuali, masih lagi bersama dunia yang fana penuh pancaroba cuma dengan ritma kehidupan yang berbeza. Moga aku dan kamu pembaca sekalian tidak tergolong dalam kalangan orang yang merugikan diri sendiri dan moga kita sentiasa saling mengingati antara satu sama lain, InsyaAllah. 

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. [103 : 1-3]

Di manakah letaknya pelangi pada tajuk entri ini ? Haa..Wujudnya dalam subjek-subjek yang aku belajar sem ini. 

SFA1083 Biocalculus
Setiap kali kuliah menjelang tiba, mental disediakan sebaik-baiknya sebab aku rasa subjek ni subjek pembunuh. Tapi sempat 3 kali kuliah kot dan sekali kelas tutorial bersama Miss Hatiah sebelum berhijrah.

STK1014 Chemistry for Life Science/Kimia Sains Hayat
Kelas dengan Dr. Hafez ni seingat aku, sempat belajar 4 Chapter dan masuk lab sekali sebelum melambaikan tangan. Yang seronoknya kelas ni bila dengar Dr. bercerita. Keh3.
“Masa kamu di universiti ni la kamu perlu cuba semua benda. Lepas zaman universiti, dah masuk alam pekerjaan, berumahtangga dah tak sempat nak explore macam-macam”

UBA1032 Arab I
Subjek yang diajar Ustazah Aisyah ni paling banyak aku belajar sebelum bersama angkatan ISA. Dah  dipecahkan dalam kumpulan dan melakukan beberapa tugasan pembentangan. Aku dan Farhain ditakdirkan sekumpulan dengan 3 orang lelaki yang juga Geng Aku Anak Timur rupanya, Hafiz, Amjad & Danial. Reaksi pertama, “Oh tidakkkk!” Bekerja dengan lelaki ni untung kalau jenis komited tapi kalau tak, banyaklah cabaran dan dugaannya. Mereka ? Aku memilih untuk mengunci jari.  Suka duka biarlah rahsia. Haha.  Akhirnya, aku terpaksa meninggalkan rumetku keseorangan.

Bersama angkatan ISA, aku dimasukkan ke kelas BSC1 yang baru sahaja menerima guru baru, Ustazah Wahidah. Kembali bertemu rakan sekolah dan rakan tamhidi. Sekumpulan pula dengan Mirah B, Wani dan Piah. Paling best tugasan video membawa kami semua menjelajah sebahagian negeri Melaka.

Credit to Azim

UBA1042 Arab II
Masihku ingat penantian lecturer untuk subjek ini. Sempat juga menimba ilmu dengan Ustazah Shakirah yang mengingatkan aku kepada ustazah-ustazah di sekolah. Kemudian, aku bersama BSC3 yang cuma 6 orang pelajarnya! dan . Kami diajar oleh Ustazah Khadijah yang sedang menyambung Masters di UIA. Campur aku, 7. Macam study group je. 

UBE1012 English I
Inilah kelas paling relaks! Kelas yang diajar oleh Mdm Atiqah Zawani. Pergi kelas tak payah susah-susah fikir itu ini. Masuk kelas, duduk dan enjoy~ Kadang-kadang rasa macam masa untuk lepak dengan kawan-kawan. Bahagia je kan bunyinya sebab memang seronok! Ha ha. 




UBE1022 English II
Kelas bersama Mdm Zauyah ni istimewa, penuh dengan nasihat. Macam pergi kem motivasi pun ada! ^^ Ada satu pengalaman yang tak boleh lupa, aku terlelap beberapa saat dalam kelas. Dah  la duduk depan sekali tapi lepas tersedar, pusing kanan sampai ke belakang, mata yang lain semua kuyu, pejam celik pejam celik dan ada yang pejam tak celik-celik. xD Teramat letih barangkali pada hari tersebut. Mdm Zauyah pula masih tak lekang dengan senyuman pada wajahnya.


BSA 3

SKJ1003 C Programming
Aku sentiasa rasa gembira berada dalam kelas Mdm Nur Fatin Nabila ni. Bukan sebab senang. Aku ni bukannya hebat seperti El.  Tapi mungkin sebab keterujaan mengatasi kesusahan, maka aku sentiasa menyenangkan hati. Mungkin.


Madam macam student kan ? Hehe.

SAA1043 Statistics
Satu cabang daripada ilmu Matematik yang diajar oleh Mdm Nurul Sima. Test pertama aku dihantui oleh ancaman bunuh tetapi dengan suntikan yang diberikan oleh Mdm, ancaman itu berjaya diatasi.

UTA1012 TITAS
Kelas yang menggabungkan pelajar Biotech & ISA, berpisah tapi masih bersama. Pengalaman menuntut ilmu dengan Puan Anita sungguh bermakna mungkin kerana ilmu ketamadunan itu sendiri memaknakan kehidupan. Penuh dengan inspirasi. 
“Projek Air Zam-zam & Halal Software”

"Together we create the civilization based on Islamic civilization"

CDA1122 Memanah
Gembira tak terkata kembali bersama cinta yang ditinggalkan lebih setahun walaupun terpaksa dibakar oleh sang mentari. Kelas bermula dengan teori kemudian praktikal, dibimbing oleh Ustaz Adil Mufti yang juga merupakan Felo KK1. Hari terakhir memegang bow dan arrow sem ni  dalam kehujanan, akan kekal terpahat dalam memori kerana aku menemukan sesuatu.


Thanks to my lecturers, my coursemates & my classmates!



“Peluang dalam hidup sentiasa ada”

………………………………………………

Begitulah sedikit coretan perjalanan kehidupan yang aku ibaratkan seperti pelangi untuk semester ini. Penuh warna-warni. Warna-warna inilah juga yang bakal membawa aku ke lakaran dan lukisan pada kanvas kehidupan yang akan datang dengan izin-Nya.

“Menuntut ilmu memerlukan pengorbanan”


Ilalliqa' wassalam!

3 comments:

TantePiya said...

suka333!!

Amjad Azhar said...

Suka kan??? Tapi Biocalculus susah? Hmmm... Agak letih otak kalau kelas Biocalc... Tapi tanpa disangka2, kos matematik yg xpernah ambe skor A, ku dapat top ten dalam kuliah?? Pergh! Ok jangan riak... =) Good luck..

adysuR said...

Piya::
Sukenye piya. haha.

Amjad::
Bende2 math ni igauan hidup. Haha. Wah! Tahniah! All the best~