Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh.
Happy Anniversary to Malakat92!
Entri ini sepatutnya diterbitkan pada 25 Disember lalu tetapi disebabkan beberapa kekangan, baru hari ini dapat ditontonkan kepada umum.
♪ ♫ Terkenang, Terbayang ♪ ♫
25 Disember 2011, genap empat tahun tertubuhnya Malakat92. Satu tempoh yang agak lama dan Alhamdulillah masih bertahan sehingga hari ini walaupun hari ini tidak semeriah hari-hari dulu gara-gara Facebook! Tapi tidak mengapa, persahabatan kita tetap segar selamanya.
Aktiviti tahun ni, kalau ikut perancangan, Projek T-shirt V2 & Mega Gath kan. Harapnya berjalan lancar. Sama-sama kita nantikan siapnya design Sultan Najmi. Perincian mengenai gath pula akan diusulkan dalam group Malakat. Kita berjuang menitiskan dakwat pen dulu ye kawan-kawan! He he.
♪ ♫ Kekuatan, kebanggaan,
Bebas dan terus berjalan,
Kenangan tak mungkin ku lupakan. ♪ ♫
pre-gath = first gath
Akhir kata, aku selaku admin keempat, yang menggunakan nickname astronomy di forum, mewakili admin lain mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ahli-ahli yang sentiasa memberikan sokongan. Aku sangat menghargai persahabatan ini. Sejak tingkatan tiga, umur 5 belas sampai dah takde belas, banyak benda yang kita lalui. Segala pahit manis abadikan sebagai memori dan pengajaran dalam hidup. Ampun dan maaf juga dipinta andai sepanjang perkenalan kita ada silap di mana-mana. Kerana aku insan, kami insan, kita insan, pasti ada kekurangan.
Mega gath. *aku ada workshop MUET =.="*
♪ ♫ Ku ingin kau semua
Bersama semula ♪ ♫
Moga ukhuwah kita hingga ke alam seterusnya
Bersama semula, sahabat selamanya
InsyaAllah
:')




4 comments:
suwit la korang..
patutla rusy suka ajak gath! haha memang korang salu gath ropenya.. ^.^
Tak selalu pon gath ramai2. haha.
gath..gath.. bila akn wujud disitu pun tidak tahu..hehe
suatu hari nanti pabila dtakdirkan akan wujud jua. hehe
Post a Comment