Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh
Secara rasminya dah habis tapi aku tak boleh jejak bumi sang penyu lagi sebab ada program bahasa bermula 25 Jan. Jadi, 4 hari sebelum itu masih di sini, di tanah yang bernama Nilai. Spesifik lagi, di KK1. Apa boleh buat sayang beno dengan KK1. Entah berapa kerat manusia yang tinggal. Dah senyap sunyi sepi.
Jauh perjalanan, luas pemandangan. Sebab tu aku suka jalan...
Semalam habis exam, tunggu bas nak ke KTM menuju ke Seremban bersama 5 lagi warga ISA. Tiba-tiba kereta putih lalu dan menumpangkan kami berenam. Sampai sana kami terus ke Seremban Parade, makan! Usai makan, solat dan ke Terminal One beli tiket bas balik cuti nanti.
Siap urusan beli tiket, tunggu bas ke JJ. Ke hulu ke hilir menanti bas yang tak kunjung tiba. Dalam ke hulu ke hilir di situ, antara hamba Tuhan yang kelihatan adalah pelajar sekolah berasrama. Menyedihkan. Mereka hanya makan asap. Ada yang kongsi ada yang sendiri-sendiri. Bertambah-tambah komuniti sahabat jin [aku pernah dengar ada ustaz kata jin suka asap, kalau salah tolong betulkan].
Rokok ni pun satu isu yang tak berkesudahan. Dulu masa kecik, aku tertanya-tanya kenapa orang hisap rokok ni tak dikenakan tindakan oleh pihak berkuasa. Kempen merata-rata nak selesaikan isu ni tapi gagal. Bila dah agak besar sikit, aku faham kenapa. Sebabnya orang yang berkuasa tu pun merokok.
Aku tak tahu bila Malaysia akan bebas daripada asap tambahan ni sekurang-kurangnya di tempat terbuka. Tak cukup dengan asap kenderaan, asap kilang, asap pembakaran, manusia pun nak keluarkan asap. Ni yang buat aku terasa berasap sekali! Serius, aku sangat anti-merokok. Sangat, sangat dan sangaaattt! Apalah nikmatnya membazir. Perokok sendiri pun tak dapat menghuraikannya. Jadi, tak wujud istilah rasa nikmat bila hisap rokok.
Aku ulang sekali lagi, aku anti-merokok, bukan perokok ye. Perokok tu kan manusia. Maka, perlulah mendapat hak sebagai manusia. Sayangilah perokok, bencilah merokok. Buat perokok yang dalam proses berhenti, tahniah diucapkan dan teruskan usaha anda! Tudiaa..cakap pasal rokok memang akan jadi panjang.
Setelah penat jadi penunggu di terminal berasap, kami pun buat keputusan jalan-jalan di Terminal One je. Dah puas menghauskan tapak kasut, kami pun bergerak pulang. KTM sangat sesak. Lebih sesak daripada biasa~
Kurang 30 minit berdiri dan berhimpit, sampai. Teksi tak kelihatan. Nilai juga sibuk nampak gayanya. Akhirnya, balik dengan kereta silverred. Begitulah kisah pelajar habis exam. Sekian.
#Terima kasih Paah, Khalaf & Radhi. Jasamu dikenang.
##return 0; bermakna program yang dibuat berakhir dengan betul dalam C Programming
Ilalliqa' wassalam!

9 comments:
jenjalan kt seremban pada hari jumaat adalah langkah yg teramat sangat tidak digalakkan. dan dikire taboo jika ianya cuti pnjang (CNY) since semuaa org mau balik.
dan T1 mmg terdapat berbagai manusia2 unik hahha.
you should come on saturday or sunday instead (:
ahaha. gi teman kawan nk beli kamera sebenonye + abih exam, gi derrak ar. kalu bukan sebab abih exam mmg dop gi la ari jumaat. xD
stdy di Seremban ke? ada uni ke di seremban?
dulu pernah bekerja di sana..
jemput ke laman WADi untuk menambah ilmu, mengambil dan sebarkan ke blog anda...insyaAllah enti akan dapat manfaat di blog WADi dari kalam kibarul ulama..insyaAllah :)
Tak. Study kat Nilai.
0wh..
USIM?? Alhamdulillah..kos apa ya ukhti?
Na'am. Akhi masih belajar atau sudah bekerja ?
Kos science computer (Information Security Assurance-ISA)
ana baru habis belajar..sekarang sambung syariah ..
alhamdulillah..jemput ke blog ana jika ada kelapangan...jemput menuntut ilmu , moga suka :)
Salaam Rusyda.
Aku pun anti-merokok. Susah untuk mengatakan tentang hak asasi. Kerana hak asasi kita terikat dengan hak asasi orang lain. Hak asasi perokok terikat dengan hak asasi orang anti-merokok. Bagaimana pula?
Hanyasanya kerana masing-masing pentingkan diri.
wassalam Wani.
Ya. Tak ke mana pun dengan hak asasi tu. Sepatutnya perlu ada rasa respect kat orang lain. Tu yang penting..
Post a Comment